Disebabkan ramai yang tanya saya ada buat doorgift ke tak maka saya pun cuba-cuba lah buat.
Ada yang berminat tak? Heee
My Honeymoon Journey Slideshow: Yuslin’s trip from Johor Bahru, Johor, Malaysia to 6 cities Gold Coast, Melaka State, Cameron Highlands, Genting Highlands, Lumut and Desaru (near Pasir Gudang) was created by TripAdvisor.
Friday, March 16, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Advert
Please email to malinartdesign@gmail.com for more info, price or order.
and like my page Malin Art & Design. Thanks ;)
and like my page Malin Art & Design. Thanks ;)
Related
advert,
hand bouquet
Thursday, February 23, 2012
Kau pergi jua...
Tak tau nak cerita macam mana..hari ni rasa sedih sangat :(
Alkisahnya, 13 Febuari 2012 merupakan ulangtahun ke 7 perkenalan kami. Dan pada tarikh itu juga kucing betina saya yang diberi nama Marshay telah melahirkan 5 ekor anak. Before that saya dan suami tak tau yang dia bunting until nampak perut dia bulat, badan berat dan puting susu mengembang.
Setelah confirm yang dia bunting, kami teruja nak tunggu baby lahir. Sehari sebelum iaitu pada hari Ahad, suami ada bercakap-cakap dengan Marshay, "Esok beranak tau!". Kalau kucing beranak boleh dapat cuti tak?". Urmmm buat lawak pulak dia. Ketawa terkekek-kekek saya. Yelah nak dapat cuti isteri beranak tak tau bila. Harapkan kucing je. Tup tup esoknya, 13 Febuari 2012 Marshay memang betul-betul beranak. Tak sangka. Pukul 9 lebih pagi dia beranak kat bawah kerusi. Masa tu tak perasan lagi until nampak setompok darah dan bunyi kucing menangis.
Jenuh saya cari satu rumah kat mana dia beranak. Saya tunggu je bunyi suara anak kucing tu sebab nak tau lokasi kedudukan dia. Yes dah jumpa satu kat bawah sofa, warna kelabu. Dah jumpa jugak yang kedua warna hitam di tempat yang sama. Saya tunduk-tunduk lagi bawah sofa tengok macam dah tak ada. Euuww tetiba ternampak satu tompok besar atas lantai warna kelabu gelap. Seekor dah mati dengan uri sekali tapi rasanya ni dah mati sejak dalam perut. Sebab nampak macam kurang sempurna. Saya pun balutlah yang mati tu.
Yang 2 ekor ni saya bawak masuk bilik belakang dengan mak dia sekali. Letak dalam kotak. Saya assume anak dia memang 3 ekor je sebab dah tak dengar bunyi suara kucing lagi. Saya tunggu yang 2 ekor ni menyusu dengan mak dia. Yang hitam elok menyusu normal tapi yang kelabu ni macam tak boleh menyusu. Dah mula rasa lain kat situ. Lama saya tunggu dekat 2 jam hope dia boleh menyusu. Tapi tak boleh!
Saya pergi ke depan semula sebab terdengar bunyi telefon. Lepas jawab call saya dengar bunyi lagi. Ya Allah ada lagi seekor kat hujung sofa, warna oren. Yang ini jantan yang 2 ekor tadi betina. Saya dah agak mesti ada lagi sebab perut Marshay besar masa bunting tu. Saya bawak yang oren masuk bilik dan menyusu. Dia menyusu normal.
Pada malam 15 Febuari 2012 iaitu hari kedua, saya nampak yang hitam dah lain macam. Bunyi nangis dia pelik. Tak tau dia sihat atau tak. Yang kelabu masih tak menyusu. Yang oren normal menyusu dengan jayanya mungkin sebab jantan. Malam tu saya tidur macam biasa tapi lebih kurang pukul 3 pagi rasa nak pergi toilet. Sambil tu saya jenguklah anak-anak kucing tu. Innalillah yang hitam tu dah mati. Dah keras kejung. Tak tau apa punca mati sedangkan dia hisap susu elok-elok je. Saya kejut suami dan bagitau dia. Lepas tu terus rasa dah tak boleh tidur sebab sedih.
Pagi hari yang sama tu pulak tengok yang kelabu pun dah lain macam. Mulut dia asek berbunyi tapi suakan puting susu mak dia, dia tak nak hisap. Pelik sangat. Semalam mintak suami belikan botol dan susu anak kucing kot-kot dia boleh minum tapi sama juga. Tak boleh minum! Saya ribakan yang kelabu tu sampai akhir hayat dia. Saya tau yang itu pun pasti mati sebab dah 2 hari tak makan. Akhirnya tinggallah si oren keseorangan.
Hari ketujuh suami ajak beli air freshner kat Cosway sebab PIL nak datang. MIL alah sikit dengan bau kucing so kami sedaya upaya cuba nak bagi rumah tak berbau kucing. Kami beli flavor lavender. Tapi bila pasang air freshner tu tak ada bau lavender sebaliknya bau bangkai. Kalau tak pasang tak berbau pulak. Bila pasang je berbau. Eh apa ke pelik air freshner ni bau macam bangkai cicak tersepit pintu.
Saya tanya suami dia kata dia tak bau pun. Dia kata okay je. Eh pelik betul hidung dia. Saya suruh off air freshner tu baru lega sikit. Tapi bila try on balik bau menusuk kalbu datang semula. Saya tak puas hati saya kata kat suami saya memang terbau bangkai. Dia pun cuba try check kat bawah table TV. Tak syak lagi memang ada bangkai. Bangkai anak kucing dah mati seminggu berulat bercacing. Geli tekak saya naik loya rasa. Saya dah agak anak dia mesti banyak sebab perut dia besar. Tapi yang ni masa first day saya tak jumpa sebab dia tak berbunyi. Kesian sangat dah seminggu mati sampai kembung badan dia. Kami cepat-cepat tanam sebab tak tahan bau busuk. Lepas dah cuci semua barulah air freshner berbau lavender.
Tak sangka 5 ekor rupanya anak dia. Tapi satu persatu mati. Bila dah tinggal oren seekor rasa sayang bertambah. Tak nak dia mati jugak sebab itulah satu-satunya pengubat rindu. Lagi pun tiba-tiba je dia seekor yang berbulu oren sedangkan mak ayah dia hitam dan kelabu. Sangat comel. Bangun pagi-pagi terus tengok dia. Setiap jam tengok dia. Sebelum nak tidur tengok dia. Terjaga tengah malam pergi tengok dia. Tiap-tiap hari nampak perkembangan dia. Kaki tangan dah mula besar. Badan membulat. Bulu makin lebat. Dari separuh tapak tangan sehingga ke sebesar tapak tangan dah. Memang nampak ada perbezaan. Lagi satu, sangat comel bila tengok aksi dia angkat badan nak cuba berjalan. Tak sabar nak tunggu dia buka mata!
Tapi tu hanya tinggal kenangan. Setelah 11 hari survive, hari ni 23 Febuari 2012 dia telah mengikut jejak adik beradiknya yang lain. Pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Rasa sedih sangat. Petang semalam waktu maghrib elok lagi dia main dengan suami, hisap susu, tidur semua normal. Lepas tu suami pergi snap gambar dia. Betul ke orang kata kalau ambil gambar kucing, kucing tu akan mati? Malam tu sebelum tidur kami sempat tengok dia lagi. Nampak dah lain. Badan dia lembik sangat. Macam patah leher. Tak boleh angkat badan sendiri. Kami dah risau dan berdebar-debar. Tiba-tiba jadi macam tu. Petang tadi okay lagi :(
Dalam pukul 3.30 pagi suami tersedar. Dia kata dia dengar baby kucing menangis. Tapi tangisan dia ni dah lain. Tak macam biasa. Bunyi pun panjang-panjang dan lemah. Saya dah rasa nak menangis. Macam tak ada harapan lagi. Rasa nak bawak pergi klinik. Tapi baru pukul 4 pagi. Boleh bertahan ke? Dia dah tak nak menyusu. Badan lembik sangat. Saya rasa dah tak ada harapan. Hidung dia pun dah pucat. Kami tertidur balik. Lebih kurang 5.45 pagi saya tersedar semula. Tengok dia dah kaku!
Ya Allah akhirnya Kau ambil jua dia. Aku redha tapi rasa sedih sangat sebab dah mula sayang dia walaupun baru 11 hari. Lepas tu terus dah tak boleh tidur. Berlinang air mata, suami peluk dan pujuk. Memang tak dapat tahan sebak. Dia pun sedih. Mungkin bukan rezeki kami. Satu persatu pergi. Marshay pun tercari-cari anak dia. Kesian sangat. Lepas ni dah tak ada lagi kedengaran suara anak kucing dalam rumah ni. Tak ada lagi baby comel yang nak di jenguk-jenguk setiap sejam sekali. Rindu :( Itulah hadiah Marshay kepada kami pada anniversary kami. Tapi itu hanyalah pinjaman sementara.
![]() |
| Mutiara & Marshay |
![]() |
| di hari kelahiran |
![]() |
| maghrib tu papa sempat lagi main-main dengan dia |
![]() |
| tiada lagi bernyawa. rest in peace sayang :( |
Tenanglah anak-anak kucing ku di sana. Semoga kamu semua di tempatkan di syurga. Nanti kita jumpa di sana. Kamu semua doakan mama dan papa di dunia ini ya sayang. Al-Fatihah :(
p/s: sayangkan kucing macam sayangkan anak. menaip sambil menangis. terngiang-ngiang lagi suara dia..sobs T_T
Wednesday, February 22, 2012
Fabric Flower Patches
Sekarang ni berjinak-jinak dengan fabric flower patches pulak..Jom tengok...
sesiapa yang berminat nak tanya detail tentang harga atau apa-apa saja boleh email kepada
malinartdesign@gmail.com
XoXo
p/s: TQ to my model Cik Eyra Bunga :)
Related
fabric flower patches,
handmade,
online bisnes
Monday, February 20, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)








